21 November 2009

"Selamat hari raya aidiladha"

Slamat ari raya semua.hehe...
Raya tu..raya juga..nak balik kampung tu yang drive motosikal ke,kereta ke atau naik bas ke.hati2 ek..
Slamat berhari raya tau...

06 November 2009

"Cahaya Dari Kaabah"

TUHAN Maha Besar
Demi wujud-Mu
dan kudrat-Mu
Kau kirimkan seorang Pesuruh
membawa ajaran mulia yang terhormat
untuk umat manusia.

Hari keramat 12 Rabiuawal tahun Gajah
terpancar sinar dari Kaabah
segala pohon terdiam kaku
bukit bukau sejuk nyaman
padang pasir berbisik-bisik
Jabal Qabais menatapa kasih
Aminah,perempuan suci Bani Quraisy
melahirkan seorang putera luar biasa
ialah junjungan kita,MUHAMMAD!

"Mahasiswa Rakyat"

DENGAN buku di tangan kau nyanyikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah Telok Gong.

Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Kau belah jalan raya kota
Dengan berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas.

Lihat pancar mata ayahmu di desa
Lihat senyum ibumu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka.

05 November 2009

"Mereka Telah Bangkit"

MEREKA telah bangkit
Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala.

Mereka telah bersuara
Dari bumi tanahair yang subur
Demi Islam yang mengajar hidup berani
Demi janji yang kini telah di mungkiri.

Mereka sekarang telah bangkit
Di tengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan.

Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini pancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.

04 November 2009

"Mahasiswa"

MAHASISWA dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu
bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani.

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

"Kata Semangat Dari Pensyarahku".


"D MOSTI Putrajaya"


"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan".

"Sabda Baginda"

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Sesiapa yang menempuh
satu jalan untuk mencari ilmu,
maka Allahkan mempermudahkan
baginya jalan ke Syurga".
(H.R.Muslim)