Ari nie barbkiu bersama family di kulim...Memang best.Enjoy habis ari nie..hehe....Tambahan plak baru je habis Raya Haji. Dapat daging korban.
Berpeluh-peluh aku ari nie sebab aku jadi tukang kipas. Kak pupu aku lak jadi tukang panggang.hehehe...Banyak juga kitaorang panggang. Makan ramai-ramai....
Yang baik datang dari Yang Esa.. Yang buruk datangnya dari diri sendiri.. Dari NYA kita datang, kepada NYA juga kita datang dan pergi untuk bertemu dengan NYA...
12 November 2011
Four Frz...
Empat rakan yang selalu lepak, borak-borak, mengusik orang,
mengumpat.sikit-sikit jerk. Aku, Tunku Izzah, Nurul Hidayah, Kayal dan kak
senior kami kak Nor Afyda.
Aku, Kynah, Dayah dan Kayal adalah rakan seperjuangan yang
sama bidang. Kak Fyda dari bidang lain. Tapi join kitaorang.
Tunku Izzah kawan aku yang jenis kelkar jugaklah. Mana
tidaknya. Dengan mimic muka dia tu. Telatah dia. Kami banyak kongsi antara kami
dua dari segi paper, minat. Tapi ada jugaklah yang tak sama. Tapi kami sering
kongsi dua.
Dayah pulak jenis strait the point. Seronok bila kongsi
apa-apa dengan dia. Walaupun dia muda dari aku tapi dia senior aku. Dia banyak
tolong aku dari segi paper subjek, masalah, pendapat dan macam-macam lagi. Tq
to you Dayah…
Kayal pulak jenis yang happy sikit. Pandai bab speaking.
Kalau aku tak tahu aku banyak belajar dari dia. Walaupun dia muda dari aku tapi
dia senior aku..hehe… Tq for you Kayal.
Kak Fyda antara kawan yang paling banyak bercakap. Tak
henti-henti celoteh dia. Memang tak kering gusilah kalau lepak dengan dia time
habis kuliah. Walaupun dia bukan dari bidang kami dia bidang yang lain. Tapi
satu yang aku agak suka. Bila dia marah atau merajuk comform mimic muka dia.
Lagi satu cubitan ketam dia tu mesti akan jadi mangsa sesiapa yang usik dia.
Aku suka usik kak Fyda. Boleh dikatakan aku dengan dia rapat. Dah macam adik
dengan kak. Banyak yang kami kongsi bersama. Tapi apa pun tq for you sis..hehe…
Itulah teman satu kampus… satu kolej dan berlainan bidang..
hehe.. miss you all frz…
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
2
comments
Jalan-Jalan Cari Makan...
Jalan-jalan
cari makan di tesco. Hehe… time break saja g jalan-jalan dekat tesco. Pastu
beli barang sikit. G pun nak tunggu time kuliah petang lambat. So keluar makan
dulu dekat sana. Lagipun dekat saja dengan kolej.
Bukan
selalu aku keluar makan. Kalau ada teman tu makan dekat warung depan kolej je.
Ini dah orang ajak. So aku ikut je. Orang belanja. Hehe… so usunglah beg aku
yang penuh dengan buku kuliah. Hehe…tak pe..ringan jerk….
Tapi
seronok keluar. Kalau tunggu dekat kolej 3 jam lagi baru start kuliah petang.
Dah habis kuliah tengah hari. Lagi pun tak tahu nak pergi mana. Dah orang ajak g
makan dekat tesco. So aku pun joinlah..hehe…
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
0
comments
Mengenggam Segulung Ijazah..!
Sedih
rasanya bila impian aku untuk melanjutkan hingga ke peringkat ijazah dibantah
oleh keluarga. Kata mereka cukup sekadar diploma. Lagipun kalau sambung ijazah
pasti hendak guna duit yang banyak. Bukan aku pinta duit tapi keizinan untuk
melanjutkan ke peringkat ijazah dihalang. Nampaknya hajat aku di sisihkan
sebentar. Aku fikir lebih baik aku kerja dan himpun duit untuk sambung ambik
ijazah.
Seronok
bila lihat orang lain, kawan-kawan aku semua hendak sambung ke peringkat ijazah.
Lihat kak Farah dalam bidang Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Management
& Science University (MSU). Kak Beep pulak dalam bidang Ijazah ….. di
Universiti Sains Malaysia (USM). Kak Fazilla pulak dalam bidang Ijazah Forensik
di Management & Science University (MSU).
Seronok
rasanya kalau aku pun dapat melangkah dan pijak kaki ke lantai universiti macam
mereka. Memang itulah hajat yang aku impikan selama ni walaupun pada mulanya
SPM aku hanyalah pangkat berapa saja. Tapi disebabkan penat bekerja kilang yang
belum tentu ada masa depan dan aku terima penghinaan dari darah daging aku
sendiri. Aku nekad dan anggap itu sebagai cabaran aku dari dia.. Dengan tekat
dan usaha aku. Selama 2 tahun aku berusaha akhirnya aku mendapat tawaran di
PTPL. Sebelum tu aku ada juga terima tawaran dari universiti di Pahang,
Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi apalahkan dayanya. Anak perempuan. Akhirnya
dapat juga sambung di kolej saja. Tapi Alhamdulillah. Tak lama lagi dah nak
graduate.
Nantikan
impian aku untuk melangkah keperingkat Ijazah. Semoga hajat dan impian aku ini
jadi kenyataan. Amin…
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
0
comments
Mencari Lebih Baik Dari Meminta..
Lebih baik
aku mencari dari aku meminta-minta. Iyalah bukan duit aku bukan. Mesti orang
susah nak bagi. Walaupun ade pertalian darah. Susah betul. Tambahan pulak aku
bukan jenis yang suka meminta-minta. Aku lebih suka mencari sendiri. Hasil dari
titik peluh sendiri. Tapi itulah.. Apakan daya. Nak kerja. Tapi tak kasi.
Katanya aku kena tamatkan dulu final projek untuk diploma aku ni. Tapi dah tak
buat apa. Baik cari kerja partime. Nak buat final projek pun nak guna duit yang
banyak.
Sebelum ni aku
buat macam-macam kerja. Kerja kilang Golden Formore la. Kerja company buat
kertas la. Macam-macam kerjalah aku buat. Tapi seronok juga sebab dapat hasil
daripada titik peluh aku sendiri. Sekarang rasa macam nak meminta segan la pulak.
Maklumlah sebelum ni aku yang banyak member daripada menerima. Sekarang nak
meminta rasa kekok pulak. Lebih baik mencari daripada meminta-minta bukan.
Tapi sekarang
kerja apa yang aku boleh buat ek. Kalau boleh tak naklah kerja yang akan
nganggu aku punya final nanti. Tak pelah pelan-pelan aku cari. Insya Allah ada
rezeki aku nanti. Amin….
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
0
comments
Sahabat Lama Ku..
Sahabat
lama. Walaupun sudah lama kitaorang berpisah sejak 2007. Tapi kami masih
contact antara satu sama lain. Maklumlah sekarang masing-masing dah ada kerjaya
sendiri. Yang dari kanan Nurul Aini, aku, Rahimah dan Nurzatul Nadila. Hehe..antara
kami memang rapat sangat. Walaupun dulu kami kelas bersebelahan, tapi kami akan
bertemua waktu kelas ERT. Kelas yang menjadi kegemaran kami. Hehe…
Sekarang
Aini dah sambung ke Diploma di Seremban. Aku pulak sambung Diploma di Kedah.
Rahimah dan Nadilla pulak sudah kerja.
Nadilla
jenis kawan yang suka mengusik orang, agak aktif antara kami berempat. Mana
tidaknya dengan mulut dia yang sentiasa pot pet…pot pet… tu. Memang tak
sunyilah antara kami nie… Rahimah pulak jenis yang lemah lembut sikit. Very
slowly antara kami berempat. Tapi bila time dia marah. Comform cubitan dia tu.
Fuh…lagi satu mimik muka dia tu. Hehe…memang tinggal kenanganlah..
Aini pulak
antara kawan aku yang rapat sikit. Sebab kami kongsi minat yang agak sama. Dari
form 3 sampailah form 5. Kami kelas yang sama. Dari form 3 sampai form 5 kami
duduk sekali. Kiranya bersebelahan. Akhirnya kami tamat SPM kami kerja 1 tempat
kerja. Tapi lepas aku pindah ke Kedah. Aini sambung belajar. Rahimah dengan
Nadila masih kerja di situ. Aku pulak kerja di tempat lain and after that aku
pun dapat tawaran dan sambung belajar.
Suatu hari
nanti kami berempat akan bertemu dan bersua semula. Masa sekarang semua sibuk
dengan kerjaya sendiri. Mungkin suatu hari nanti kami akan bertemu dan membuat
reunion dengan teman-teman yang lain..
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
0
comments
Penuhi Segala Impian Bonda Tersayang...!
Sedih dan rasa
terkilan bila tak dapat tunaikan apa yang bonda mahukan, inginkan,
hajati dan impikan. Kenapa susah sangat untuk aku penuhi semua yang bonda mahukan. Adakah ini satu dugaan dan cabaran untuk aku. Ya Allah bantulah hambu Mu ni dan permudahkanlah
segala urusan hamba Mu ini untuk memenuhi impian seorang ibu yang sudah bersusah payah dari hamba Mu ini dilahirkan
hingga dewasa.Amin…
Rasa terkilan
sangat. Marah, sedih dan rasa seolah bodoh sebab tak mampu tunaikan keinginan
bonda. Tapi apapun akan aku usahakan untuk mengembirakan hati dan perasaan bonda.
Insya Allah. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan untuk mencari
rezeki.
1 saja yang aku
pinta. Hanya untuk memenuhi apa saja yang bonda mahukan walaupun tidak aku mampu
tetap aku usahakan. Tidak tertanggung hati aku bila melihat bonda di selubungi dengan
perasaan sedih, terluka. Ingin sekali aku buat bonda gembira dan lupakan semua
perkara silam dan masa lalu. Tidak mahu aku melihat bonda memikirkan perkara lalu. Ikutkan saja aku hendak bonda seolah-olah tidak
pernah rasa atau lalui kehidupan sebelum ni.
Akan ku usahakan
walaupun tidak ku mampu wahao bonda ku..
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
0
comments
Sempat Lagi Tu..!
Hehe… sempat
lagi posing tepi jalan time kami nak lintas. Yang tangkap pic ni aku.
Hehe…saja-saja jerk tangkap. Kak Fyda dengan Kayal sempat lagi tu. Ish…ish…..
![]() |
Kalau tak silap
time nie kami semua baru balik dari makan. Time semua baru habis kuliah
masing-masing. Dah tengah hari time untuk pergi makan. Hehe… kenangan tinggal
dalam kenangan..
Posted by
T!Nta DaR! Ku.
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



