30 November 2011

Chicken Chop..!

Mlm2 macam nie kalu mkan chicken chop mesti sedapkan..Hehe...Kan..kan Kynah...Alorh...dan2 perut rasa lpo plak..huhuu..

Kawan Aku Layan Citer Cartoon Lak Dah...

Ish..Ish..ader lak dia lyan citer cartoon..Sistem dia tak kemna dah..Tak jdi dah...Hehe...
Aku pon pa g..Lyan blog la....Keja pon da siap skit...tgl nk codingkan jerk..heheh...Otak dah serabut da..stop dlu...Lyan fb ke blog ke..lagu..Pe2 je la....Stres gila ni....Aduiiiihhhhhh

Sistem Ku..Owhh..Sistem Ku....

Skrang aku tgh blur kepala dgn coding...
Maklumlah dah thun akhir..Sibuk dgn final projek la.Apa g.Kos kitaorg nie tak der praktikal mcm kos lain...Just ada projk...Tp igt senang ke.Blur jugak le kepla otak dgn coding sistem nie...Aku kna bt sebuah sistem.By individu la...Takdernya nk group2..Kantoi gila..heheh...
Pe pon good luck dkt semua rakan seperjuangan IT..kikiki

13 November 2011

Pancing..Pancing..

Ari nie tak der kja....aku ngan family rmai2 g pancing ikan..hehe...Best..Dapat hilangkan tension...Kepala Otak dok tengah berserabut nie...
Banyak gak ikan kami dapat.Tp yang byk skali dpt ikan kak aku..Mungkin ari tuah dia koooot...hehe...Aku ada jga la dpt ikan.Tapi tak banyk.Bonda lak byk gak dpt ikan...hehe...Abg ipar aku...byk gak dpt...Tapi kak aku plg byk dapat ikan..Srnok dia..hehe...

12 November 2011

Barbkiu...

Ari nie barbkiu bersama family di kulim...Memang best.Enjoy habis ari nie..hehe....Tambahan plak baru je habis Raya Haji. Dapat daging korban.
Berpeluh-peluh aku ari nie sebab aku jadi tukang kipas. Kak pupu aku lak jadi tukang panggang.hehehe...Banyak juga kitaorang panggang. Makan ramai-ramai....

Four Frz...


Empat rakan yang selalu lepak, borak-borak, mengusik orang, mengumpat.sikit-sikit jerk. Aku, Tunku Izzah, Nurul Hidayah, Kayal dan kak senior kami kak Nor Afyda.
Aku, Kynah, Dayah dan Kayal adalah rakan seperjuangan yang sama bidang. Kak Fyda dari bidang lain. Tapi join kitaorang.
Tunku Izzah kawan aku yang jenis kelkar jugaklah. Mana tidaknya. Dengan mimic muka dia tu. Telatah dia. Kami banyak kongsi antara kami dua dari segi paper, minat. Tapi ada jugaklah yang tak sama. Tapi kami sering kongsi dua.
Dayah pulak jenis strait the point. Seronok bila kongsi apa-apa dengan dia. Walaupun dia muda dari aku tapi dia senior aku. Dia banyak tolong aku dari segi paper subjek, masalah, pendapat dan macam-macam lagi. Tq to you Dayah…
Kayal pulak jenis yang happy sikit. Pandai bab speaking. Kalau aku tak tahu aku banyak belajar dari dia. Walaupun dia muda dari aku tapi dia senior aku..hehe… Tq for you Kayal.
Kak Fyda antara kawan yang paling banyak bercakap. Tak henti-henti celoteh dia. Memang tak kering gusilah kalau lepak dengan dia time habis kuliah. Walaupun dia bukan dari bidang kami dia bidang yang lain. Tapi satu yang aku agak suka. Bila dia marah atau merajuk comform mimic muka dia. Lagi satu cubitan ketam dia tu mesti akan jadi mangsa sesiapa yang usik dia. Aku suka usik kak Fyda. Boleh dikatakan aku dengan dia rapat. Dah macam adik dengan kak. Banyak yang kami kongsi bersama. Tapi apa pun tq for you sis..hehe…
Itulah teman satu kampus… satu kolej dan berlainan bidang.. hehe.. miss you all frz…

Jalan-Jalan Cari Makan...



Jalan-jalan cari makan di tesco. Hehe… time break saja g jalan-jalan dekat tesco. Pastu beli barang sikit. G pun nak tunggu time kuliah petang lambat. So keluar makan dulu dekat sana. Lagipun dekat saja dengan kolej.
Bukan selalu aku keluar makan. Kalau ada teman tu makan dekat warung depan kolej je. Ini dah orang ajak. So aku ikut je. Orang belanja. Hehe… so usunglah beg aku yang penuh dengan buku kuliah. Hehe…tak pe..ringan jerk….
Tapi seronok keluar. Kalau tunggu dekat kolej 3 jam lagi baru start kuliah petang. Dah habis kuliah tengah hari. Lagi pun tak tahu nak pergi mana. Dah orang ajak g makan dekat tesco. So aku pun joinlah..hehe…

Mengenggam Segulung Ijazah..!



Sedih rasanya bila impian aku untuk melanjutkan hingga ke peringkat ijazah dibantah oleh keluarga. Kata mereka cukup sekadar diploma. Lagipun kalau sambung ijazah pasti hendak guna duit yang banyak. Bukan aku pinta duit tapi keizinan untuk melanjutkan ke peringkat ijazah dihalang. Nampaknya hajat aku di sisihkan sebentar. Aku fikir lebih baik aku kerja dan himpun duit untuk sambung ambik ijazah.
Seronok bila lihat orang lain, kawan-kawan aku semua hendak sambung ke peringkat ijazah. Lihat kak Farah dalam bidang Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Management & Science University (MSU). Kak Beep pulak dalam bidang Ijazah ….. di Universiti Sains Malaysia (USM). Kak Fazilla pulak dalam bidang Ijazah Forensik di Management & Science University (MSU).

Seronok rasanya kalau aku pun dapat melangkah dan pijak kaki ke lantai universiti macam mereka. Memang itulah hajat yang aku impikan selama ni walaupun pada mulanya SPM aku hanyalah pangkat berapa saja. Tapi disebabkan penat bekerja kilang yang belum tentu ada masa depan dan aku terima penghinaan dari darah daging aku sendiri. Aku nekad dan anggap itu sebagai cabaran aku dari dia.. Dengan tekat dan usaha aku. Selama 2 tahun aku berusaha akhirnya aku mendapat tawaran di PTPL. Sebelum tu aku ada juga terima tawaran dari universiti di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi apalahkan dayanya. Anak perempuan. Akhirnya dapat juga sambung di kolej saja. Tapi Alhamdulillah. Tak lama lagi dah nak graduate.

Nantikan impian aku untuk melangkah keperingkat Ijazah. Semoga hajat dan impian aku ini jadi kenyataan. Amin…



Mencari Lebih Baik Dari Meminta..




Lebih baik aku mencari dari aku meminta-minta. Iyalah bukan duit aku bukan. Mesti orang susah nak bagi. Walaupun ade pertalian darah. Susah betul. Tambahan pulak aku bukan jenis yang suka meminta-minta. Aku lebih suka mencari sendiri. Hasil dari titik peluh sendiri. Tapi itulah.. Apakan daya. Nak kerja. Tapi tak kasi. Katanya aku kena tamatkan dulu final projek untuk diploma aku ni. Tapi dah tak buat apa. Baik cari kerja partime. Nak buat final projek pun nak guna duit yang banyak.
Sebelum ni aku buat macam-macam kerja. Kerja kilang Golden Formore la. Kerja company buat kertas la. Macam-macam kerjalah aku buat. Tapi seronok juga sebab dapat hasil daripada titik peluh aku sendiri. Sekarang rasa macam nak meminta segan la pulak. Maklumlah sebelum ni aku yang banyak member daripada menerima. Sekarang nak meminta rasa kekok pulak. Lebih baik mencari daripada meminta-minta bukan.
Tapi sekarang kerja apa yang aku boleh buat ek. Kalau boleh tak naklah kerja yang akan nganggu aku punya final nanti. Tak pelah pelan-pelan aku cari. Insya Allah ada rezeki aku nanti. Amin….

Sahabat Lama Ku..



Sahabat lama. Walaupun sudah lama kitaorang berpisah sejak 2007. Tapi kami masih contact antara satu sama lain. Maklumlah sekarang masing-masing dah ada kerjaya sendiri. Yang dari kanan Nurul Aini, aku, Rahimah dan Nurzatul Nadila. Hehe..antara kami memang rapat sangat. Walaupun dulu kami kelas bersebelahan, tapi kami akan bertemua waktu kelas ERT. Kelas yang menjadi kegemaran kami. Hehe…
Sekarang Aini dah sambung ke Diploma di Seremban. Aku pulak sambung Diploma di Kedah. Rahimah dan Nadilla pulak sudah kerja.
Nadilla jenis kawan yang suka mengusik orang, agak aktif antara kami berempat. Mana tidaknya dengan mulut dia yang sentiasa pot pet…pot pet… tu. Memang tak sunyilah antara kami nie… Rahimah pulak jenis yang lemah lembut sikit. Very slowly antara kami berempat. Tapi bila time dia marah. Comform cubitan dia tu. Fuh…lagi satu mimik muka dia tu. Hehe…memang tinggal kenanganlah..
Aini pulak antara kawan aku yang rapat sikit. Sebab kami kongsi minat yang agak sama. Dari form 3 sampailah form 5. Kami kelas yang sama. Dari form 3 sampai form 5 kami duduk sekali. Kiranya bersebelahan. Akhirnya kami tamat SPM kami kerja 1 tempat kerja. Tapi lepas aku pindah ke Kedah. Aini sambung belajar. Rahimah dengan Nadila masih kerja di situ. Aku pulak kerja di tempat lain and after that aku pun dapat tawaran dan sambung belajar.
Suatu hari nanti kami berempat akan bertemu dan bersua semula. Masa sekarang semua sibuk dengan kerjaya sendiri. Mungkin suatu hari nanti kami akan bertemu dan membuat reunion dengan teman-teman yang lain..

Penuhi Segala Impian Bonda Tersayang...!


Sedih dan rasa terkilan bila tak dapat tunaikan apa yang bonda mahukan, inginkan, hajati dan impikan. Kenapa susah sangat untuk aku penuhi semua yang bonda mahukan. Adakah ini satu dugaan dan cabaran untuk aku. Ya Allah bantulah hambu Mu ni dan permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini untuk memenuhi impian seorang ibu yang sudah  bersusah payah dari hamba Mu ini dilahirkan hingga dewasa.Amin…
Rasa terkilan sangat. Marah, sedih dan rasa seolah bodoh sebab tak mampu tunaikan keinginan bonda. Tapi apapun akan aku usahakan untuk mengembirakan hati dan perasaan bonda. Insya Allah. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jalan untuk mencari rezeki.
1 saja yang aku pinta. Hanya untuk memenuhi apa saja yang bonda mahukan walaupun tidak aku mampu tetap aku usahakan. Tidak tertanggung hati aku bila melihat bonda di selubungi dengan perasaan sedih, terluka. Ingin sekali aku buat bonda gembira dan lupakan semua perkara silam dan masa lalu. Tidak mahu aku melihat bonda memikirkan perkara  lalu. Ikutkan saja aku hendak bonda seolah-olah  tidak pernah rasa atau lalui kehidupan sebelum ni.
Akan ku usahakan walaupun tidak ku mampu wahao bonda ku..

Sempat Lagi Tu..!


Hehe… sempat lagi posing tepi jalan time kami nak lintas. Yang tangkap pic ni aku. Hehe…saja-saja jerk tangkap. Kak Fyda dengan Kayal sempat lagi tu. Ish…ish…..

Kalau tak silap time nie kami semua baru balik dari makan. Time semua baru habis kuliah masing-masing. Dah tengah hari time untuk pergi makan. Hehe… kenangan tinggal dalam kenangan..

10 November 2011

Tidur..!

Mlm nie tetiba x leh tido.X tahu knp.Mungkin pikir pasal kerja yang dah mula belambak.Hm..kadang2 penat jga bila pikir byk2.
Kepala ni dah penuh dgn paper keja yg nk kena stle. Serabut kepala...