Sedih
rasanya bila impian aku untuk melanjutkan hingga ke peringkat ijazah dibantah
oleh keluarga. Kata mereka cukup sekadar diploma. Lagipun kalau sambung ijazah
pasti hendak guna duit yang banyak. Bukan aku pinta duit tapi keizinan untuk
melanjutkan ke peringkat ijazah dihalang. Nampaknya hajat aku di sisihkan
sebentar. Aku fikir lebih baik aku kerja dan himpun duit untuk sambung ambik
ijazah.
Seronok
bila lihat orang lain, kawan-kawan aku semua hendak sambung ke peringkat ijazah.
Lihat kak Farah dalam bidang Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Management
& Science University (MSU). Kak Beep pulak dalam bidang Ijazah ….. di
Universiti Sains Malaysia (USM). Kak Fazilla pulak dalam bidang Ijazah Forensik
di Management & Science University (MSU).
Seronok
rasanya kalau aku pun dapat melangkah dan pijak kaki ke lantai universiti macam
mereka. Memang itulah hajat yang aku impikan selama ni walaupun pada mulanya
SPM aku hanyalah pangkat berapa saja. Tapi disebabkan penat bekerja kilang yang
belum tentu ada masa depan dan aku terima penghinaan dari darah daging aku
sendiri. Aku nekad dan anggap itu sebagai cabaran aku dari dia.. Dengan tekat
dan usaha aku. Selama 2 tahun aku berusaha akhirnya aku mendapat tawaran di
PTPL. Sebelum tu aku ada juga terima tawaran dari universiti di Pahang,
Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi apalahkan dayanya. Anak perempuan. Akhirnya
dapat juga sambung di kolej saja. Tapi Alhamdulillah. Tak lama lagi dah nak
graduate.
Nantikan
impian aku untuk melangkah keperingkat Ijazah. Semoga hajat dan impian aku ini
jadi kenyataan. Amin…
No comments:
Post a Comment