10 October 2011

Renungkan Untuk Seketika Waktu..

Seorang pemimpin ialah orang yang melakukan perkara yang betul walaupun tidak ada mata yang melihat.
Untuk menguruskan dirimu gunakan akal, untuk menguruskan orang lain gunakan hatimu.
Ketika kau melengahkan sesuatu, kehidupan itu menyusup keluar dari tanganmu.
Kau boleh melambat-lambatkan tapi masa tidak pernah menunggu. Ia berjalan walaupun kau tidak..

Jika kau inginkan sesuatu, jangan mengharap sahaja. Berkerja dan jadikannya suatu kenyataan. Hidup ini terlalu pendek untuk terus menunggu.
Senyum biar apapun keadaannya dan ketawalah walaupun ada duka. Jika kau menunggu seseorang untuk percaya kepada dirimu, kau akan menunggu selamanya.

Seorang pemimpin berfikir dan bercakap tentang penyelesaian.
Sesuatu bernilai yang kau inginkan tentu sekali memerlukan au bersusah payah. Teruskan kehidupan dan peluang untuk kau terjumpa sesuatu yang bermakna tetap ada daripada kau duduk berdiam sahaja.

Mereka yang tahu menggunakan peluang sentiasa tahu mencipta peluang dan apa yang kita mampu capai bergantung bukan kepada berapa banyak masa yang kita ada tetapi bagaimana cara kita menggunakannya.
Setiap keputusan salah ialah keputusan yang betul yang diambil pada masa yang salah. Teruskan setiap perjalanan hidupmu.

Sesetengah perkara tidak bernilai berbanding kesakitan yang ditanggung. Keberanian ialah sifat yang ulung, kerana jika tidak ada keberanian, mungkin kau tidak berpeluang untuk menggunakan peluang lain yang ada. Kejayaan besar seringnya lahir kerana pengorbanan yang hebat dan bukan disebabkan oleh sifat mementingkan diri.

No comments:

Post a Comment