10 October 2011

Bibit Pertemuan..

Pertemuan yang tidak disangka. Bertemu melalui laman social facebook. Kami mengenali melaui kawan-kawan kolej di laman facebook. Suatu hari si dia add aku sebagai kawan. Aku comform.
Asalnya kami sekadar kawan berborak. Tak sangka pulak yang hubungan kami semakin hari semakin rapat. Rapat sekadar kawan sahaja di laman social tu.
Bila bermula sembang antara kami…didapati ada persamaan dan minat yang sama. Masa tu aku tidaklah berapa minat untuk tahu mengenai diri si dia. Bila kami berborak mesti si dia asyik bertanya mengenai perihal diri ku dan juga masalah yang aku alami. Memang tidak kami sangka perkenalan sebagai kawan bersembang dilaman social facebook bertukar menjadi adik angkat dan abg angkat. Kami tidak la selalu bersembang. Masing-masing ada kerja dan tugas sendiri. Sibuk..masing-masing sibuk.Bila antara kami tak dapat on9. Just tinggal massage.
Kami sering berborak mengenai diri masing-masing hinggalah si dia meminta nombor phone. Mulanya aku sangka hanya la biasa. Sekadar kawan untuk berborak. Entah mengapa perasaan aku pada dia rasa tenang walaupun belum bertemu. Tapi aku lembut hati untuk memberi nombor phone aku pada dia. Padahal sebelum ni kalau ada lelaki yang minta memang berat aku hendak bagi. Hanya kawan perempuan saja. Itu pun yang aku kenal. Tapi pada si dia mudah sahaja aku berikan. Ah..detik itu bermulalah saat perkenalan pertama.
Dia sering massage. Sekadar massage saja. Tiada telefon. Sebab aku tak benarkan. Maklum la pada waktu itu dia belum mengenali aku sepenuhnya. Jadi aku rasa malu untuk menjawab telefon.
Pada satu hari tu kami sama-sama on9. So kami berdua berborak lagi antara diri masing-masing. Akhirnya aku berterus terang mengenai diri ku yang sebenarnya bagaimana dan diri dia juga bagaimana. Alhamdulillah dia boleh terima. Masa tu tak penah pulak terfikir hubungan kami akan sampai sekarang. Waktu itu aku hanya beranggapan kami berdua hanya kawan.
Bila antara kami dah mula kenal mengenali antara satu sama lain. Si dia mula bermain kata-kata bunga. Macam mat romeo katakan pada masa tu.hehe.. kelakar juga bila aku baca ayat-ayat jiwang si dia tu. Tapi dia sebenarnya memang tak pandai bab macam nie. Bagi aku itu biasa. Orang lelaki katakan. Aku tidak begitu layan.

Akhirnya perkenalan kami sudah menjangkau 2 minggu lebih. Akhirnya si dia sudah mula menuturkan ayat melamar aku sebagai teman hidup dia. Pada mulanya aku menolak. Maklumlah waktu tu aku baru je break off dengan lelaki tak guna tu. So aku malas nak terima mana-mana lelaki. Si dia sanggup menunggu sehingga aku bersedia menerima cinta dia. Alhamdulillah bila aku melihat kesungguhan dia, akhirnya aku menerima cinta dia.
Pada keesokan kami sering berbalas massage di handfhone. Sebab senang katanya. Dia ingin bertemu dengan aku. Tapi aku agak keberatan. Maklumalah aku ini bagaimana. Pada satu malam tu si dia menghantar massage. Katanya itu lagu ciptaannya untuk aku. Lagu tu …
“ Kan ku abadikan segala hasratku agar kau pun tenang dengannya..
Ku pertaruhkan semua ragaku demi dirimu..
Biarkan ku mengapai mu, memeluk mu, memanjakan mu, tidurlah kau dipelukkan ku, di pelukkan ku..
Biar ku pendam segala hasratku untuk miliki mu..
Kerna semua telah tersirat dirimu kan milikku… “

“ Bintang di langit
kelip engkau di sana memberi cahaya pada setiap insan malam yang dingin
ku harap engkau datang memberi kerinduan di sela mimpi-mimpinya….”
Katanya lagu tu khas buat aku. Kelakar juga aku. Si dia minat berkaraoke. Tapi aku tidak. Ada sajalah si dia tu. Sehingga sekarang kasih saying antara kami masih kukuh kekal abadi.. mungkin selepas aku graduate lulusan diploma and then sudah bekerja. Si dia ingin melamar ku sebagai tunangnya dan Insya Allah kami akan disatukan dijinjang pelamin. Insya Allah. Itulah doa kami berdua didalam iringan kasih sayang antara kami. Amin.

No comments:

Post a Comment