Showing posts with label Shahidin...sayang. Show all posts
Showing posts with label Shahidin...sayang. Show all posts

10 October 2011

Bibit Pertemuan..

Pertemuan yang tidak disangka. Bertemu melalui laman social facebook. Kami mengenali melaui kawan-kawan kolej di laman facebook. Suatu hari si dia add aku sebagai kawan. Aku comform.
Asalnya kami sekadar kawan berborak. Tak sangka pulak yang hubungan kami semakin hari semakin rapat. Rapat sekadar kawan sahaja di laman social tu.
Bila bermula sembang antara kami…didapati ada persamaan dan minat yang sama. Masa tu aku tidaklah berapa minat untuk tahu mengenai diri si dia. Bila kami berborak mesti si dia asyik bertanya mengenai perihal diri ku dan juga masalah yang aku alami. Memang tidak kami sangka perkenalan sebagai kawan bersembang dilaman social facebook bertukar menjadi adik angkat dan abg angkat. Kami tidak la selalu bersembang. Masing-masing ada kerja dan tugas sendiri. Sibuk..masing-masing sibuk.Bila antara kami tak dapat on9. Just tinggal massage.
Kami sering berborak mengenai diri masing-masing hinggalah si dia meminta nombor phone. Mulanya aku sangka hanya la biasa. Sekadar kawan untuk berborak. Entah mengapa perasaan aku pada dia rasa tenang walaupun belum bertemu. Tapi aku lembut hati untuk memberi nombor phone aku pada dia. Padahal sebelum ni kalau ada lelaki yang minta memang berat aku hendak bagi. Hanya kawan perempuan saja. Itu pun yang aku kenal. Tapi pada si dia mudah sahaja aku berikan. Ah..detik itu bermulalah saat perkenalan pertama.
Dia sering massage. Sekadar massage saja. Tiada telefon. Sebab aku tak benarkan. Maklum la pada waktu itu dia belum mengenali aku sepenuhnya. Jadi aku rasa malu untuk menjawab telefon.
Pada satu hari tu kami sama-sama on9. So kami berdua berborak lagi antara diri masing-masing. Akhirnya aku berterus terang mengenai diri ku yang sebenarnya bagaimana dan diri dia juga bagaimana. Alhamdulillah dia boleh terima. Masa tu tak penah pulak terfikir hubungan kami akan sampai sekarang. Waktu itu aku hanya beranggapan kami berdua hanya kawan.
Bila antara kami dah mula kenal mengenali antara satu sama lain. Si dia mula bermain kata-kata bunga. Macam mat romeo katakan pada masa tu.hehe.. kelakar juga bila aku baca ayat-ayat jiwang si dia tu. Tapi dia sebenarnya memang tak pandai bab macam nie. Bagi aku itu biasa. Orang lelaki katakan. Aku tidak begitu layan.

Akhirnya perkenalan kami sudah menjangkau 2 minggu lebih. Akhirnya si dia sudah mula menuturkan ayat melamar aku sebagai teman hidup dia. Pada mulanya aku menolak. Maklumlah waktu tu aku baru je break off dengan lelaki tak guna tu. So aku malas nak terima mana-mana lelaki. Si dia sanggup menunggu sehingga aku bersedia menerima cinta dia. Alhamdulillah bila aku melihat kesungguhan dia, akhirnya aku menerima cinta dia.
Pada keesokan kami sering berbalas massage di handfhone. Sebab senang katanya. Dia ingin bertemu dengan aku. Tapi aku agak keberatan. Maklumalah aku ini bagaimana. Pada satu malam tu si dia menghantar massage. Katanya itu lagu ciptaannya untuk aku. Lagu tu …
“ Kan ku abadikan segala hasratku agar kau pun tenang dengannya..
Ku pertaruhkan semua ragaku demi dirimu..
Biarkan ku mengapai mu, memeluk mu, memanjakan mu, tidurlah kau dipelukkan ku, di pelukkan ku..
Biar ku pendam segala hasratku untuk miliki mu..
Kerna semua telah tersirat dirimu kan milikku… “

“ Bintang di langit
kelip engkau di sana memberi cahaya pada setiap insan malam yang dingin
ku harap engkau datang memberi kerinduan di sela mimpi-mimpinya….”
Katanya lagu tu khas buat aku. Kelakar juga aku. Si dia minat berkaraoke. Tapi aku tidak. Ada sajalah si dia tu. Sehingga sekarang kasih saying antara kami masih kukuh kekal abadi.. mungkin selepas aku graduate lulusan diploma and then sudah bekerja. Si dia ingin melamar ku sebagai tunangnya dan Insya Allah kami akan disatukan dijinjang pelamin. Insya Allah. Itulah doa kami berdua didalam iringan kasih sayang antara kami. Amin.

Tinta Buat Mu Kekanda Ku..

Tq sayang to all loved you give for me. I very love you sayang.
Semoga detik pertemuan ini adalah kali pertama dan terakhir untuk kita lalui bersama. Semoga kita berdua bakal disatukan tidak lama lagi. Pohon restu kita bersama dari abah mak dan ma. Semoga ikatan yang sah nanti membuatkan kasih sayang kita semakin bertaut dengan lebih erat bersama cahaya mata yang kita inginkan.
Semoga apa yang kita hajati diiringi bersama-sama doa kita berdua untuk perhubungan ini. Detik pertemuan antara kita memang tidak kita sangkal. Laman social yang menjodohkan kita berdua. Tanpa mengenal siapa kamu sayang dan juga diriku. Akhirnya kita bersua jua dengan rasa yang gementar. Akhirnya kasih sayang kita bertaut dengan bibit-bibit percintaan. Terima kasih kerana menerima diriku seadanya dan aku juga menerima dirimu seadanya.

Iringilah perjalanan hubungan kita ini dengan doa restu dari abah mak dan ma hingga kita disatukan hingga kejinjang pelamin dan melayari bahtera rumah tangga bersama hingga keakhir hayat kita bersama. Susah senang kita bersama. Yang pasti kita iringi setiap langkah hubungan kita bersama-sama doa kepada Allah Yang Maha Esa. Daripada Mu kami datang. Kepada Mu juga kami datang dan pergi

APRIL FOOL

Hehe…aku selalu sakat dia dengan aprilfool… kelakar juga. Mahunya tidak. Dia percaya apa-apa yang aku cakapkan atau tipu dia. Aduhaii…apalah sayang aku nie.hm…
Kadang-kadang kesian juga dekat dia. Iye lah ada satu hari tu aku saja kata nak pergi KL sebab nak keja sana. Siannya dia menangis depan aku. Ya Allah. Terkejut aku dibuatnya. Bila dia dapat tahu aku aprilfoolkan dia. Sahih aku mesti kena ketam batu dengan dia. Sampai tinggal bekas lebam dekat lenggan aku nie. Hm…dah le kulit aku nie sensitive sikit. Kalau kena cubit ke atau terkena apa-apa cepat merah n then jadi lebam. Hm…bila dah kena cubit tu tahan sakit je la. Hehe..itulah nak usik sangat dia. Last-last lenggan aku jadi mangsanya nak cubit.hehe..
Sayang…sayang… baru usik macam tu sikit dah percaya. Belum betul-betul.. kang betul tak tahu la apa yang teruk… Bukan apa aku saja nak sakat dia… saja nak tengok dia macam mana. Tambahan lagi kalu usik pasal nak pergi kerja or study kat tempat jauh. Comform dia buat muka sedih. Kelakar juga. Katanya tak sanggup berjauhan dengan aku. Aduhaii…bukan la g luar Negara ka. Dalam Malaysia jerk. Hm…
Tak tahulah kenapa dia cepat sangat percaya.. hehe…Tapi bila time dia nak tipu or aprilfoolkan aku memang tak jadi. Sebab aku boleh tahu dia tipu or tak.hehe… Geram dia bila nak aprilfoolkan aku tak jadi. Selalu jerk tak menjadi plan dia nak tipu aku. Tapi bila aku plan nak aprilfoolkan dia comform memang menjadi gila. Kadang tu seronok juga kenakan dia. Saja nak mengusik tahap sayang dia pada aku.. Kalu sayang baca tinta blog nie jangan marah yerk. Just sekadar gurauan untuk u jerk…. Love u sayang..